Sunday, February 6, 2011

Sebulan sudah berlalu


January 2011 sudah berlalu..
Well..
Masih ku panjatkan kesyukuran ke atas segalal yang berlaku..
Masih ku berasa rahmat dariNya..
Seperti yang dirancang..
ku daapt jua bawa ibundaku pergi berjalan- jalan
Melunaskan sedikit hutang dan janji ..hadiah untuk ibu kerana senantiasa sabar
Menunggu ku dengan penuh kasih sayang...
Mengharapkan agar ibu bahagia dan seronok sepanjang tempoh 2 minggu percutian
A date special buat ibu ke Langkawi
Macam-macam berlaku tapi sungguh
Allah kasihi diriku lagi
Memelihara ku dan keluargaku sepanjang tempoh sehingga kini
Ku bersyukur kepada Mu Ya Ilahi...
________________________________

Biar pun sakit macamana sekalipun..
Namun, dapat bawa mak gie berjalan22..
menjadi kepuasan
2 minggu berikutnya aku menahan kesakitan..
Bak pepatah kata" Kesakitan itu adalah ubat penghapus dosa"
Mungkin aku tidak sedar yang banyak dosa-dosa aku lakukan
Mungkin tidak besar ku anggap namun ia masih dosa jua
biarpun sekecil zarah..
Moga terampun dosa-dosa ku terutama terhadap orang-orang sekelilingku
Maaf kiranya melukakan hati tanpa disedari
buat disengajakan ....
Moga kesihatan ku kembali semula..
__________________________________________
hajat membawa mak ..alhamdullillah tercapai..
ziarah sahabat22ku di johor jua..
seronok juga ,bila dh lame xturun johor..
terasa sayu bila tengok kawan-kawan kebanyakan sudah berkahwin..
anak-anak semakin bertambah ..
Tumpang bahagia buat semua sahabatku..
Seronok juga bila sahabat bahagia untuk dirinya..
Bahagia buat semua dan moga bahagia buat diriku
AMIN...
_________________________
Rezeki juga ada walaupun tidak sebesar mana
namun kesyukuran kepadaNya..
Tak putus-putus memberikan daku rezeki..
Moga dapat aku uruskan segalanya dengan baik
Moga aku dapat hadapinya dengan mudah..
TUHANku... bantuku dalam segenap segi
Ku masih mengharap padaMu YaIlahi..
AMIN....

Monday, January 3, 2011

SYUKRAN YA ILAHI- Penutup tirai 2010

Tiap kejadian adalah ketentuanNya..

Tiap kejadian adalah kehendakNya..
Tiap kejadian adalah peringatanNya...





Hari semalam kita bersedih
Hari ini kita menerima bahagia
Hari esok pasti tidak ketahui





Ku labuhkan tirai 2010 dengan seribu satu kenangan
Dalam suatu saat yang penuh kebahagiaan dan kemanisan
Atas rezeki dan jemputan ke rumahMu..
Tersemat jua saat yang paling pahit
Terbitnya kelukaan dan kedukaan yang begitu mendalam buat diri ini..
Sungguh DIA adalah Pengasih buat setiap hamba-hambaNya..
DIA menyuntik kekuatan dan semangat agar ku mempunyai ketabahan yang tinggi
untuk menghadapinya
Alhamdullillah..
Biar pahit mana sekalipun,
Akhirnya aku dapat menghadapinya,


Thank you Allah....


Sokongan dari my Most Besssst Frenzz (***) also..
Syukran..Syukran....


--------------------------------------------------------------------





SYUKRAN--YA ILAHI


Tepat jam 4.30pm.. 3-01-2011
Selamat menghantar Draft Thesis akhir untuk semakan pemeriksa luar.
Menanti penuh debaran saat-saat untuk VIVA...
Semoga dipermudahkan segala urusan itu
Semoga Dipermudahakan rezeki buat hambaMu ini Ya Ilahi...
Moga Tahun 2011 dapat ku lestarikan impian bondaku..
Moga Tahun 2011 ini dapat ku perbaiki kelemahan-kelemahanku yang lalu
Moga Tahun 2011 ini dapat ku hadapinya dengan penuh ketabahan dengan bantuan dari Mu
Ya ILAHI
SYUKRAN..YA ILAHI...

Thursday, December 2, 2010

Hati in --Kesesalan selamanya...

"Esok akan merekah bunga yang harum baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati"
" Ketika malam beransur-ansur terang, maka penderitaan pun akan segera berlalu, tekanan pasti akan hilang dan kesusahan akan segera pergi"
Ku cuba tanamkan kata-kata itu dalam jiwaku
ku cuba sematkan sedalam-dalam dalam hatiku
ku cuba berfikiran optimis demi menghadapinya
Namun, sesungguhnya..
Ketabahan..Kekuatan..Kesabaran itu sudah mencapai hadnya..
Runtuhnya..sayupnya bila mengenangkannya..
Penat berfikir-fikir
Adakah hati ini sememangnya sekeras-sekeras hati ...
Tidak boleh dilunturkan ataupun dicairkan...
Tidak boleh dpecahkan ...
Bagaimanakah cara untuk mencairkan..
supaya keterbukaan itu..
Keyakinan..Kepercayaan..terhadap setiap ketentuan..
Pasrah apa yang berlaku kerana percaya
Biarpun sekeras mana hati ini...
Pasti boleh dicairkan kerana sifat semulajadi
KurniaanNya..
Wanita itu adalah berjiwa lembut...
Penuh dengan sifat kasih sayang dan keibuan..
Jauh di sudut hati..tidak sekalipun untuk menjadi keras
Hanya kerana keadaan menjadi diri menjadi semakin keras
Hanya untuk memastikan kehidupan ini dapat diteruskan
Terlalu parah...
Terlalu terluka..
Terlalu bersalah..
Terasa sangat berdosa..
terkelu lidah..
hilang senyuman yang ada..
Bagaimana untuk menebusnya kembali??
Keadaan yang tidak boleh kembali ke titik asal...
TUHANKU....BANTUKU untuk menghadapinya..
Untukku meneruskannya..
Untukku menebus kembali...
Untukku menerimanya dengan penuh keredhaan..
RedhaMu..DoronganMu..RahmatMu..
Adalah penguat jiwaku kini dan selamanya...

Monday, November 1, 2010

Kejar Time for master completion


Alhamdullillah...dah siap writing thesis sejak 3 minggu yang lalu...
Spent masa selama 2 minggu tanpa tidur demi menyiapkan thesis nie..
Grammar checking untuk first draft dah siap juga tapi duk mengejar222 prof untuk check thesis
tak juga dapat...
sedih sangat..dah 3 minggu dok kejar prof tapi x juga dapat curi masa die..
Camner nak abis on time..
Do know lah..
but still try and try for looking his time..
Really know that he also try to spend time for me but still no time
huhuhu..

Excited nak kerja tapi excited juger nak abiskan master nie..
Masa tinggal 2 bulan jer..
cmner ...tak boleh berpikir..
Klo ikutkan ati nak kerja jer..
tapi tinggal sebulan..
No idea to think about it..
Now is critical ..

Masa terhad..
Tiada masa untuk diri sendiri..
Cuba mencari ketenangan dan keselasaan..
Mencari ketabahan dalam segenap keaadaan dan situasi..
Masih berusaha dan berusaha..
Dada terasa sempit
Dada terasa sakit..
Moga diberikan kekuatan olehNya
Moga diberikan Ketabahan olehNya
Moga diberikan Kesabaran olehNya
Agar hati, mata, mulut, telinga
kebal dan tabah
untuk mendengar
untuk melihat
untuk berkata- kata
untuk bertahan..

Hanya PadaNya berserah..
Hanya PadaNya meminta..

Wednesday, September 15, 2010

Ia Penuh Bererti-Alhamdullillah..

Tidak dapat ku ungkapkan

Tidak dapat ku nyatakan

Tidak dapat ku ceritakan

Betapa bermakna hari-hariku di sana..


Begitu bermakna dan penuh bererti buatku..

Begitu terisi..

Begitu berbeza..

itulah kekuasaanNya..

Hanya yang boleh ku katakan..

Itulah tempat istimewa di muka bumi ini..

Moga ku dapat kembali ke sana semula..


Alhamdullilah,

Biar pun berat hati untuk meninggalkan ia,

Ku selamat sampai ke tanah air berkat doa keluarga dan para sahabat..

Terima Kasih atas ingatan semua

Sesungguhnya kiranya DIA mahu ia berlaku

pasti akan berlaku dalam sekelip mata..

Allahuakbar...


Tidak dapatku ungkapkan

ribuan kesyukuran ke atas rahmatmu

Ya Tuhanku..

Moga senantiasa di bawah lindunganmu...

Moga peluang itu kembali lagi buatku dan

buat umatmu yang lain


---------------------------------------------------

Ramadhan tahun ini berlalu dengan penuh pengisian yang begitu besar buatku..

Terima Kasih Ya Tuhanku..

Sesungguhnya setiap yang berlaku sudah tertulis dalam hidup setiap

makhlukNya..

Suka Duka dalam kehidupan,

Jika kelmarin kita gembira,

Esok kita bersedih,

Jika arini kita bahagia,

Belum tentu ia kekal untuk esok dan hari yang mendatang

Kekuatan, kesabaran dan ketabahan diperlukan dariNya...

Hanya kita, hambaNya mampu menerima dengan reda ataupun tidak...


Moga Dikau kekalkan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam diri

Dalam menghadapi tiap dugaan yang Kau tetapkan buat hamba-hambaMu..

Supaya diri sentiasa kekal dan penuh ketetapan


Allahuakbar walillahilham...

Thursday, August 12, 2010

SEKELIP MATA SAHAJA



Sesuatu yang tak disangka-sangka ..
Memang adalah perkara yang sangat diingin untuk dilaksanakan
namun tidak terpikir secepat ini..
namun..
tetap ku ucap Kesyukuran kepadaNya kerana
mengerakkan hati ini
menetapkan jiwa ini
Untuk menjejak kaki ke rumahMu..
Ya Ilahi...
Sesungguhnya...ku tetap bersyukur atas
segala yang berlaku..
Sesungguhnya..kiranya Dikau mahukan ia berlaku
pasti berlaku jua biarpun dalam sekejap waktu...
Sesungguhnya..
RAMADHAN ini...
memberikan begitu banyak nikmat yang tidak dapat ku ucapkan
Kesyukurannya...
ALHAMDULLILAHHH..ALLAHUAKBAR..
Ku mengharap agar jemputan ini diterima yang diberkati..
TERIMA KASIH YA TUHANKU...


-----------------------------------------------------------------

Yang dinamakan Manusia,
Sesungguhnya tidak pernah cukup,
Bukan tidak bersyukur namun terasa seperti meninggalkan sesuatu
yang perlu dibawa bersama..
Maaf kerana tidak dapat menunaikan janji buat seketika ini...
Maaf kerana pergi tanpa membawa bersama-sama untuk janji itu..
Maaf, Maaf dan Maaf..
Itu yang termampu buat ketika ini..
Mengharapkan pengertian ..
Terima Kasih kerana memahami..
Terima Kasih di atas keizinan dan kerelaan itu..
Titsan air mata tanda tak terucap terima kasih atas kerelaan itu
Ku mengharapkan agar
Di berikan peluang yang akan datang
Agar ku dpaat laksanakan janji-janji itu
InsyaALLah..
mengharapkan agar pemergian ku dalam keadaan yang diredhai dan penuh keikhlasan..

Thursday, July 15, 2010


Master..Master...Master...

Ble nak abis masterku nie..huhuhuhu...

Dah delay dari target untuk selesai...

Asyik sakit...

Bnyk sgt dosa-d0sa ku agaknya..

Tapi bersyukur...

Sudah berkurangan kini..

Cuma tulah..

Thesis ku belum bermula lagi...


Sakit plak rasanya...

bilelah nak ada rasa semangat tue semula...

Kena cari semula....

walaupun lewat...

Best yer kalau ada yang desakku

untuk berusaha..lebih...

at least ada special spirit...

apapun..yang ada disekeliling nie pun dah

sangat bersyukur...

tengah berusaha memerah otak...

untuk menjadi novelis Ingeeris yang entah apee2222 nie...

Bagai nak pecah otak...bila nak mengarang...

nak dapat satu perenggan pun ambil masa...berminggu222..

Huahhhh..tolong22222

byk lagi yang belum selesai...