Tuesday, October 27, 2009

Pengubat Hati :).-just want to share it


SALAM :).

Kadang-kala memang berada dalam keadaan getir dan kesukaran.

Bak Pepatah utama- *Walaupun sengsara tak bermakna tak boleh bahagia*

Cuma mencari sedikit kebahagiaan untuk mengurangkan tekanan yang ada..

Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya hati terubat sedikit, dapat mengelakkan kerosakan hati, jiwa mahupun pemikiran...


Melihat sikecil ini :)..

Buat hati terlupa seketika tekanan yang dihadapi :). Keletahnya, gelagat dan gelak tawanya buat hati gembira dan ceria. Seketika terlupa:). Terima Kasih wahai so comei Insyirahku....(Anak sedaraku yang ke-20) :P...
Dapat juga mententeramkan hati dan jiwa ini.Mendapat ilham semula untuk melakukan kerja-kerja berikutnya:).
Betullah bak kata orang tua222-* penat mane seorang ibu itu, terubat hati pabila belihat telatah dan keletah anak222 nya*:)...
Beautiful creation of Allah...
Believe on His fate..Insya-Allah...
Strive for it....

Sunday, October 25, 2009

Masihkah ada Ruang Masa dan Saat itu Untukku.....


TAHUN 2009- Adalah merupakan antara tahun yang paling mencabar..
Kira-kira masa silih berganti... rupanya menghampiri penghujung tahun...
Tak disedari..bahawa usia jua kian bertambah...
Namun...
Difikirkan...
Masihkah ada ruang masa untukku.....

Tanpa disedari...
Banyak perkara telah berlaku...
Terlalu sibuk dengan pelbagai perkara...
Segalanya masih dalam kudrat..
Dapat dialami dan dihadapi dengan apa jua keadaan...
cabaran yang melanda...
Walau...
Sesukar mana..
Walau...
Sederita mana...
perlu diharungi..
Alhamdullillah...
Masih boleh bertahan sehingga kini.....

Masihkah ada ruang masa dan saat itu untukku...
Tanggungjawab hampir selesai..
Tapi ada yang masih tertangguh..
Kewajipan yang dirasakan belum dilaksanakan...
Masih tercari-cari jalan penyelesaian..
Masihkah ada waktu itu...

Jika sebelum ini,
Merasakan kiranya tanggungjawab222 itu terlaksana
sudah mencukupi...
Rupa masih ada kekurangannya...
Rupanya masih ada yang belum lengkap...
Rupanya ada yang perlu dipertimbangkan
Rupanya sangat diperlukan..
Namun
Masihkan ada Ruang masa dan saat untuk itu...

Kadangkala terpikir di benak sendiri...
begitu sukarkah untuk mencarinya...
untuk diselesaikannya..
Penat memikirkannya,

Terasa begitu menyesakkan jiwa
terasa pening
Bilamana terdengar suara gurauan sebegitu..
sekali sekala terasa seperti begitu berputus asa..
Terasa begitu lemah dan tidak berupaya..
Berada di jalan kebuntuan..
Satu perkara yang masih tak dapat diselesaikan...

Tatkala, terasa letih berfikir dan lemah...
Berteleku di hadapanNya...
Mengharapkan redha dan HidayahNya..
Agar diri ini diberi sedikit Ruang masa dan saat itu...
Supaya diberikan kekuatan dan ketabahan untuk itu...
Tuhan .....
Kerana Keyakinan dan Hidayahmu...
Memberikan kekuatan buat Hambamu...

Kiranya Masih ada masa dan saat itu...
Ku perlukan kekuatan itu..
Untuk menghadapinya...
Bukan menolak atau menafikan
tetapi
memerlukan Ruang masa
Kerana
Pertimbangan dan pemerhatian itu...
Masihkah ada ruang masa untukku.....

Tuesday, October 6, 2009

Bagaimanakah menilai niat seseorang ???

Jika dipikir222..
tak sukar menjadi jahat, besifat hasad dengki
Tapi ..
Begitu sukarkah bersifat dan berniat baik...

Begitu banyak perwatakan dan sifat22 manusia
Begitu mudah dipergunakan..
Kenapa orang tidak boleh menghargai kebaikan seseorang
Tanpa niat mengambil kesempatan keatas kebaikan yang diberi.
Tidak cukup dengan ada sifat keikhlasan dalam hati..
Sukarnya menilai sifat manusia ini..

Kadangkala, kerana sifat manusia yang begini
Menjadikan seseorang yang berniat ikhlas menjadi
Seseorang yang lain
Lahirnya sifat jahat yang sepatutnya
Tidak terlahir..
Keadaan menjadikan seseorang berlainan perangai
dan berperangai buruk

Begitu sukar menilai sifat seseorang itu..