Wednesday, September 15, 2010

Ia Penuh Bererti-Alhamdullillah..

Tidak dapat ku ungkapkan

Tidak dapat ku nyatakan

Tidak dapat ku ceritakan

Betapa bermakna hari-hariku di sana..


Begitu bermakna dan penuh bererti buatku..

Begitu terisi..

Begitu berbeza..

itulah kekuasaanNya..

Hanya yang boleh ku katakan..

Itulah tempat istimewa di muka bumi ini..

Moga ku dapat kembali ke sana semula..


Alhamdullilah,

Biar pun berat hati untuk meninggalkan ia,

Ku selamat sampai ke tanah air berkat doa keluarga dan para sahabat..

Terima Kasih atas ingatan semua

Sesungguhnya kiranya DIA mahu ia berlaku

pasti akan berlaku dalam sekelip mata..

Allahuakbar...


Tidak dapatku ungkapkan

ribuan kesyukuran ke atas rahmatmu

Ya Tuhanku..

Moga senantiasa di bawah lindunganmu...

Moga peluang itu kembali lagi buatku dan

buat umatmu yang lain


---------------------------------------------------

Ramadhan tahun ini berlalu dengan penuh pengisian yang begitu besar buatku..

Terima Kasih Ya Tuhanku..

Sesungguhnya setiap yang berlaku sudah tertulis dalam hidup setiap

makhlukNya..

Suka Duka dalam kehidupan,

Jika kelmarin kita gembira,

Esok kita bersedih,

Jika arini kita bahagia,

Belum tentu ia kekal untuk esok dan hari yang mendatang

Kekuatan, kesabaran dan ketabahan diperlukan dariNya...

Hanya kita, hambaNya mampu menerima dengan reda ataupun tidak...


Moga Dikau kekalkan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam diri

Dalam menghadapi tiap dugaan yang Kau tetapkan buat hamba-hambaMu..

Supaya diri sentiasa kekal dan penuh ketetapan


Allahuakbar walillahilham...