Thursday, December 2, 2010

Hati in --Kesesalan selamanya...

"Esok akan merekah bunga yang harum baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati"
" Ketika malam beransur-ansur terang, maka penderitaan pun akan segera berlalu, tekanan pasti akan hilang dan kesusahan akan segera pergi"
Ku cuba tanamkan kata-kata itu dalam jiwaku
ku cuba sematkan sedalam-dalam dalam hatiku
ku cuba berfikiran optimis demi menghadapinya
Namun, sesungguhnya..
Ketabahan..Kekuatan..Kesabaran itu sudah mencapai hadnya..
Runtuhnya..sayupnya bila mengenangkannya..
Penat berfikir-fikir
Adakah hati ini sememangnya sekeras-sekeras hati ...
Tidak boleh dilunturkan ataupun dicairkan...
Tidak boleh dpecahkan ...
Bagaimanakah cara untuk mencairkan..
supaya keterbukaan itu..
Keyakinan..Kepercayaan..terhadap setiap ketentuan..
Pasrah apa yang berlaku kerana percaya
Biarpun sekeras mana hati ini...
Pasti boleh dicairkan kerana sifat semulajadi
KurniaanNya..
Wanita itu adalah berjiwa lembut...
Penuh dengan sifat kasih sayang dan keibuan..
Jauh di sudut hati..tidak sekalipun untuk menjadi keras
Hanya kerana keadaan menjadi diri menjadi semakin keras
Hanya untuk memastikan kehidupan ini dapat diteruskan
Terlalu parah...
Terlalu terluka..
Terlalu bersalah..
Terasa sangat berdosa..
terkelu lidah..
hilang senyuman yang ada..
Bagaimana untuk menebusnya kembali??
Keadaan yang tidak boleh kembali ke titik asal...
TUHANKU....BANTUKU untuk menghadapinya..
Untukku meneruskannya..
Untukku menebus kembali...
Untukku menerimanya dengan penuh keredhaan..
RedhaMu..DoronganMu..RahmatMu..
Adalah penguat jiwaku kini dan selamanya...