Monday, March 22, 2010

Macam222 benda berlaku

tahun lepas aku yang accident tapi kali nie

aku diaccidentkan oleh orang lain....


Orang langgar kereta abang tapi dia kataa aku yer salah..

kalau ikutkan lebih 50% salah dia sbbb bawa laju sgt sampai xsempat brekk

aku dah lepas masuk simpang sikit jer lagi

boleh die sondol belakang kereta bahagian bonet tepi sisi..


Pakcik tue taknak gerak dari tempat dia .

cuma cakap macamaner motor dia.

Aku nie binggung takut ade yang mati jer..

punyer tak pikir aper..suruh dia ke tepi dulu tanpa tengok kereta sendiri....

Pakcik tue hanya diamkan diri sahaja..

Aku tanya banyak kali, pakcik " kalo pakcik tak laju sgt22 , xde langgar kereta saya nie" , "saya dah signal awal tadi"

pakcik cuma jawab" elakkan kereta sebelah sana tue langgar kereta kamu"

dia tak gerakk2222.. sebab dah binggung sangat, aku pujuk dia ke tepi dengan janji bagi sikit duit

Aku yang sengal nie bagilah duit RM 100 tueeeee...

niat hati " suruh dia pergi klinik check up " sbb aku naqk hantar klinik dia taknak..

Lepas tue, hantarbalik umah...

Petang tue, biler balik..abis kena marah nan abang ku sbb tak call die bile benda tue berlaku ..itu silapku,sangat tahu kerana terbiasa buat sesuatu sendiri tanpa menyusahkan orag lain...

aku bersalah, abang kecil ati sebab tak call dia....bukan sebab kereta kemek..die kecil hati tak datang tolong aku..MAAF ABANG, Ety tahu ety salah ...


Bila datang balik keesokan harinya, dia sihat rupanya xda aper222 dan isterinya beritahu yang suami dah pergi johor dan buat cerita pada isterinya yang aku bersalah dan kena lempang dengan dia.

punyalah terkejut, walhal, pakcik tak cakap aper222 cuma diam ajer...boleh dia kata dia garang dan lempang aku...

PAKCIK222 memang psikoooooo222222

sakit hati ..kereta teruk kemek ,alignment lari jauh giler..kena tipu ngan pakcik siap baig duit byk pulak tu...


huhhuhuh..kenapa begitu terasa dianiaya....

begitu terasa kesian hnya muka dan wajah orang tua... orang tua pun boleh tipu...

erkkkkkkk2222222

VERY SADDDD2222

Tuesday, March 16, 2010

Mestikah begitu......






Tanpa masa berlalu

dan terus berlalu....

bila dikra-kira masa makin dibuang begitu sahaja..

gusar segusarnya.

tapi harian tugasan menjadikan diri leka

mengabaikan keadaan itu

Tatkala hati tenteram dan selesa dengan tugasan

ia kembali umpama angin bertiup lalu...

hilang segala perasaan yang baik...

kekusutan kembali semula...

segala kerja tergendala...




hilang segala idea-idea..

hilang semangat yang ada..

terhenti segala kerja-kerja....

ketakutan itu menerjah kembali..

terbetik di lubuk hati..

mestikah begitu...

betulkah percaturan yang telah dipersetujui...

tidak bolehkah ia berlaku secara semula jadi

bolehkah ia diyakini...


terasa kerisauan

terasa kegetaran di lubuk hati

terasa kebimbangannya

terasa ketakutan

terasa sesak di segenap ruang...


tiada kata yang boleh diungkapkan...

tidak tahu bagaimana untuk didiplomasikan semula.

tiba-tiba hilang ilmu dan skill yang ada

dalam cara toleransi

sesungguhnya ia perkara yang sukar..

mestikah begitu...


terlalu sukar untuk diuruskan

terlalu sukar untuk diselesaikan....

Tapi perlu diusahakan...

perlu hadapinya walau macamana sekalipun..


Ya Allah, bantulah daku..

Penuh pengharapan dan dorongan Mu

Ya tuhanku..

permudahkanlah perjalananku kiranya ia terbaik untukku...

Andainya deminya membuatkan semua bahagia dan gembira..

Relakan deminya jua...




Wednesday, February 10, 2010

Terasa Hiba dan kepinggiran

Kira selama ini tidak terdetik ataupun terasa kesunyian...
kini ia makin terasa...
kini terasa kepinggiran...
Bukan tak tahu sebabnya
tapi berusaha berfikir
bukan disebabkan perkara begitu...

Namun...
Menolak ataupun mengabaikan keadaan itu
Menjadikan diri lebih sakit
lebih sengsara...
Begitu terasa..

Jika dulu
Kebal dan pekak..
Kini , lapisan dan ketebalan itu menipis...
semakin parah rasanya...
Bagaimana untuk mengubatinya...
Sendiri menjadi keliru..
Terfikir bahasa masa sangat menguasai segalanya...

Terasa masa boleh mengubahnya
Betullah perumpamaan itu
" Kiranya perkara itu ingin berlaku, ia akan berlaku dalam sekelip mata"
Tanpa perlu masa yang panjang mahupun jadual yang ditetapkan..
Kerana itu takdirnya..

Mencari semangat itu adalah sangat sukar
Tapi perlu diusahakan jua...
Walau apapun yang terjadi..
Perlu menghadapinya...
Kerana perjalanan hidup masih begitu jauh..

Friday, January 8, 2010

TAHUN BARU 2010..azam baru:)


2009 telah berlalu...

Alhamdullilah..berlalu dan berakhir dengan kebahagiaan..

Terima Kasih semua sahabatku :).

Ramai yang melawatku di sini (Kuantan)

menghabiskan masa percutian bersama-sama.


Kali ini percutian, berkumpul semula 4 serangkai yg terputus hubungan selama 3 tahun rasernya...

Raser gembira sangat222.

terlupa seketika kelukaan hati:)..


Selama 2 minggu ,aku habiskan masa betul222 tanpa

memikirkan langsung pasal master projek.

seronok betul rasernya


Moga tahun 2010 sentiasa ceria, bahagia...

dapat meninggalkan segala

kelukaan dan kesusahan di masa 2009.

Moga dapat harungi dugaan dengan penuh ketabahan..

satu gie..

Andainya ada rezeki dan

tercapai lah hasrat itu

di tahun ini

AMIN

Tuesday, December 1, 2009

PengHujung Month 2009

Pejam celik..pejam celik..
perasan setahun tue lama sgt..
Tak sangka dah nak bertukar tahun..
Masa berlalu dengan cepat dan pantas
...
Masa semakin berjalan meninggalkan diri.
Terpikir..
Apa sudah selesai segala hasrat dan semua perkara yang perlu
dilaksana di Tahun 2009..
Tinggal sebulan untuk langsaikan semua..

Wednesday, November 25, 2009

THINK MORE!!!!!!!


Think????!!!!! MOre!!!!!!!!!!!...
Idea22222!!!!!!!
Bertambahlah lautan mediteranian nieee...
keluasan meningkat pabila...
impuls222 and neuron di bahagian otak saling berlanggaran...
meningkatkan suhu otak ..akhirnya...
terbakar222 akar "pokokk" di bahagian kepala
Otak dah asyik dikampung tapi kerja2222 bertimbun2222
banyak betul nak di pikirkannya...
EKsperimen melambak...
Ya Allahhh..sempat ke tidak ku tamatkan semua ini seperti yang dirancang...
Buat seketika..hilang minat & semangat nak buat kerja :(.
So...stresssss...
sometime terlalu excited but now i felt down ...
Kampungku.......right now in my minddddd

Wednesday, November 18, 2009

Kesabaran dan ketaqwaan- Solat istikharah


Nukilan untuk bulan ini

Panggilan Kaabah ketikanya buat hati sayu dan sedih

Bila agaknya hasrat tersampai untuk ku jejakkan kaki di sana


Topik Kali ini


Kesabaran...

Lama berpikir.. terlintas di fikiran tajuk ini...


Kian pudar

Kian hilang

Sifat kesabaran dalam diri..

Terasa sangat keletihan

membuatkan kesabaran menjadi nipis

Akhir meletup umpama bommmmm


Masih ada kesedaran

Setiap kali melukakan hati orang -orang sekeliling

umpama torehan luka di lubuk hati..

Cuba berusaha semampu mungkin..

namun tiada kepuasan


Menangis bersendirian.

Mana perginya kesabaran yang ada selama ini

Mana pergi ketabahan itu..

Bagaimana untuk dikutip semula..

Terfikir di benak

Bolehkah masa mengubahnya semula kiranya

pulang semula ke titik asal


Seketika terasa puas hati

kerana dapat luahkan suara hati

Itulah bisikan syaitan

Seketika pula terasa sangat terluka

pedih di benak jiwa

Kerana itu buka suatu sifat yang baik


Perlukan Sifat Kesabaran dan Ketabahan itu semula..


------------------------------------------------------------------------------------


Istikharah..


Sejak kebelakangan ini.. Inilah Solat yang kerap ku lakukan kini.Tambah lagi sejak melayari satu blog mengenai fahaman dan konsep Solat Istikharah tue..menbuatkan lebih rajin dan yakin untuk melaksanakannya. Jika dulu, adalah antara solat yang klo boleh dielakkan dahulu,Namun tidak kini.rupanya masih serupa dengan solat sunat yang lain seperti Solat Hajat dan Tahajjud. Cuma kaedah dan doa yang membezakannya.


Terasa tenang semula sejak kebelakangan .Mungkin sudah lama tidak mengamalkannya.Diri alpa dengan hiburan Dunia. Buat seketika, tersedar bahawa diri perlu kembali ke titik asal..

Kerana Dahulu dan kini adalah berbeza. Masa 2 tahun menjadikan diri seorang yang begitu berbeza..


Mencari ketenangan dan pertolongan dengan-Nya betul-betul hati tenang dan tenteram. Alhamdulliah..Semuanya dapat dihadapi dengan tabah..


Moga dapat ku hadapi masa itu

Kesabaran ku perlukan

Ketabahn ku buntukan

Ketaqwaan menjadikan kekuatan buatku


Salam