
Nukilan untuk bulan ini
Panggilan Kaabah ketikanya buat hati sayu dan sedih
Bila agaknya hasrat tersampai untuk ku jejakkan kaki di sana
Topik Kali ini
Kesabaran...
Lama berpikir.. terlintas di fikiran tajuk ini...
Kian pudar
Kian hilang
Sifat kesabaran dalam diri..
Terasa sangat keletihan
membuatkan kesabaran menjadi nipis
Akhir meletup umpama bommmmm
Masih ada kesedaran
Setiap kali melukakan hati orang -orang sekeliling
umpama torehan luka di lubuk hati..
Cuba berusaha semampu mungkin..
namun tiada kepuasan
Menangis bersendirian.
Mana perginya kesabaran yang ada selama ini
Mana pergi ketabahan itu..
Bagaimana untuk dikutip semula..
Terfikir di benak
Bolehkah masa mengubahnya semula kiranya
pulang semula ke titik asal
Seketika terasa puas hati
kerana dapat luahkan suara hati
Itulah bisikan syaitan
Seketika pula terasa sangat terluka
pedih di benak jiwa
Kerana itu buka suatu sifat yang baik
Perlukan Sifat Kesabaran dan Ketabahan itu semula..
------------------------------------------------------------------------------------
Istikharah..
Sejak kebelakangan ini.. Inilah Solat yang kerap ku lakukan kini.Tambah lagi sejak melayari satu blog mengenai fahaman dan konsep Solat Istikharah tue..menbuatkan lebih rajin dan yakin untuk melaksanakannya. Jika dulu, adalah antara solat yang klo boleh dielakkan dahulu,Namun tidak kini.rupanya masih serupa dengan solat sunat yang lain seperti Solat Hajat dan Tahajjud. Cuma kaedah dan doa yang membezakannya.
Terasa tenang semula sejak kebelakangan .Mungkin sudah lama tidak mengamalkannya.Diri alpa dengan hiburan Dunia. Buat seketika, tersedar bahawa diri perlu kembali ke titik asal..
Kerana Dahulu dan kini adalah berbeza. Masa 2 tahun menjadikan diri seorang yang begitu berbeza..
Mencari ketenangan dan pertolongan dengan-Nya betul-betul hati tenang dan tenteram. Alhamdulliah..Semuanya dapat dihadapi dengan tabah..
Moga dapat ku hadapi masa itu
Kesabaran ku perlukan
Ketabahn ku buntukan
Ketaqwaan menjadikan kekuatan buatku
Salam